Teori dan Teknik


Teori Pembelajaran

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi 
pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspekaspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. 

Teknik Membuat Peta Minda

Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind. Tumpuan yang diberikan adalah kepada para pelajar sekolah rendah sehingga peringkat universiti. Subjek: mind mapping, mind maps, tony buzan, mind maps, brain, subconscious mind.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Sekarang saya huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.
  1. Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
  2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
  3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
  4. bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
  5. Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
  6. Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
  7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai.

 Tips Membaca dengan Berkesan

Assalammualaikum semua.Kali ini saya akan berkongsi cara membaca dan mengingat dengan berkesan.Ia dapat membantu saya mengingati apa yang di baca dan membuahkan hasil. Semoga anda semua dapat juga memcuba tips-tips di bawah dan seterusnya dapat membantu anda semua mencapai kecemerlangan dan kejayaan. Marilah kita gunakan tips di bawah bersama-sama.

1. Scanning 

Scanning atau membaca sepintas lalu. Tujuannya untuk mendapatkan informasi, menjawab pertanyaan atau menyelesaikan masalah yang spesifik. Misalnya, jika anda ingin mengetahui tentang khasiat herba dalam mencegah penyakit kanser. Bacalah dahulu daftar isi, abstraks, kesimpulan akhir, ringkasan, dan jadual di dalam buku tersebut. Cara ini memungkinkan anda untuk menemukan bahagian yang relevan seperti yang ingin dicari. Anda dapat hanya membaca informasi-informasi yang diperlukan saja.

2. Skimming

Skimming adalah membaca bagian awal sebuah bacaan secara cepat untuk memperoleh gambaran umum atau inti dari buku tersebut. Cari dan tinjaulah isi buku tersebut dengan membaca cepat bahagian awal setiap babnya hingga terjumpa maklumat yang dicari.

3. Membaca ayat topik

Lakukan ini sebelum membaca lebih mendalam. Membaca ayat topik akan berguna ketika mendapatkan bacaan yang padat dan benar-benar asing/baru. Bacalah ayat topik atau ayat inti dari setiap paragraf. Dengan ini, anda akan mendapatkan gambaran dari bab tersebut,contoh ayat topik dalam paragraf:
Kita semua terpengaruh oleh warna. Ada beberapa warna yang sangat kita suka dan ada juga beberapa warna yang tidak kita suka sama sekali. Beberapa warna mengasyikkan kita, yang lainnya menghairankan kita, ada pula yang membuat kita senang di samping ada juga yang membuat kita sedih. Manusia terpengaruh oleh warna lebih dari yang mereka sangkakan kerana warna berhubungan erat dengan semua aspek kehidupan kita.

Ayat topik : Kita semua terpengaruh oleh warna
• Topik : Kita semua
• pengawalan idea : terpengaruh oleh warna

Ayat sokongan:
• Ada beberapa warna yang sangat kita suka dan ada juga beberapa warna yang tidak kita suka sama sekali.
•. Beberapa warna mengasyikkan kita, yang lainnya menghairankan kita, ada pula yang membuat kita senang di samping ada juga yang membuat kita sedih

Kesimpulan :
• Manusia terpengaruh oleh warna lebih dari yang mereka sangkakan kerana warna berhubungan erat dengan semua aspek kehidupan kita.

4. Baca secara terperinci

Setelah melakukan petua di atas, bacalah bahagian utama atau bahagian yang padat dari bacaan tersebut untuk menyaring bukti-bukti sokongan atau mendapatkan isi dari perkara yang cari. Bacalah dengan perlahan, berikan perhatian pada hal-hal yang penting. Analisislah isi bacaan dengan menghubungkan ide-ide yang berkaitan, mempertimbangkan pelbagai sudut pandang, kenal pasti prinsip-prinsip asas dari bacaan tersebut, menerapkan idea atau memindahkan pengetahuan dari bacaan tersebut, serta menilai argumen penulis terhadap bukti-bukti yang dipaparkan.

5. Bacalah untuk meningkatkan kemampuan menulis

Setelah membaca, mungkin anda tertarik untuk menulis tentang maklumat yang dicari. Oleh itu, tingkatkanlah kemampuan menulis dengan memerhatikan struktur dan teknik yang digunakan dalam bacaan tadi. Perhatikanlah perkara berikut;
1. struktur keseluruhan bacaan tersebut,
2. struktur dan panjang paragraf,
3. binaan argumen/hujah penulis,
4. penggunaan bukti-bukti untuk penulisan,
4. analisis literaturnya,
5. transisi serta wacana penulisan (hubungan antara ayat/ paragraf),
6. serta urutan tulisan tersebut, dan
7. penggunaan bahasa dan gaya tulisan buku tersebut. 

No comments:

Post a Comment